Wednesday, November 3, 2010

Zikrullah

Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabatnya r.a "Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu ke peringkat yang tertinggi sekali, yang lebih baik dari menafkahkan emas dan perak ( di jalan Allah) yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu? Para sahabat berkata bahkan : " Apakah itu Ya Rasulullah (s.a.w)?
Sabdanya : "Zikrullah"

Fadilat dan keutamaan zikrullah yang diterangkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w adalah berkaitan dengan keadaan dan masa sebagai keseluruhannya, kerana terkadang-kadang dengan memandangkan keadaan yang tertentu maka sedekah, jihad dan urusan-urusan yang lain dipandang lebih utama daripada segala amalan. Lantaran fadilat dan kelebihan amalan-amalan itu pun diterangkan di dalam beberapa hadis kerana kelebihan amalan-amalan itu adalah berkaitan dengan keadaan yang tertentu sedangkan kelebihan dan kepentingan zikrullah adalah berkaitan dengan seluruh masa (iaitu pada setiap masa).

No comments:

Post a Comment