Thursday, January 19, 2017

TAZKIRAH PENDEK TaPi BERBALOI...

Teringat di Kota Madinah..ada sekali tu sy pergi kedai kurma brader Indonesia. Tiba2 brader indon kedai kurma beri tazkirah targhib pada saya..

"Dunia kita kumpul untuk diTINGGALkan..tetapi akhirat kita siapkan bekal untuk diDATANGI kerana kita akan pulang ke sana..Bila kita kumpul dunia banyak2, hati akan jadi berat nak tinggalkan dunia.. sebab cinta dunia dah kuat. Tmbh2 plak Bila nampak yg kita dah kumpul tu menimbum..tu yg takut nk mati...

Tapi bila kita menambah bekal akhirat banyak2, tak sabar plak nk balik akhirat sbb harta dah hantar banyak kat sana.. tu yg mati trsenyum gembira.

Macam kami ni kerja di saudi tapi wang di hantar ke indonesia..rasa tak sabar nak pulang ke Indon kerana wang telah di hantar ke sana dan telah di bina rumah dibeli Tanah Dan harta di sana..Begitulah Akhirat..kalau telah di hantar amalan dan harta pulang ke sana..Mahligai pun telah tersedia..rasa tak sabar nak balik Akhirat... 

tak sabar nak balik Akhirat... 
tak sabar nak balik Akhirat...
tak sabar nak balik Akhirat...

Kuat sgt fikir Dunia, Allah hantar org indon kedai kurma untuk sekolahkan kita sikit dan bagi ingat sikit. Dunia bukan tempat tinggal tapi tempat meninggal...Akhirat tempat tinggal dan di sanalah kita akan kekal...

Jom share supaya lebih ramai yg menyiapkan bekal Akhirat Dan rasa tak sabar nak balik Akhirat insyaallah...

FLY HIGH VITAL BEHAVIOUR

Seorang pemuda kehilangan kasutnya di laut, lalu dia menulis di pinggir pantai - LAUT INI PENCURI

Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pantai - LAUT INI BAIK HATI

Seorang pemuda tenggelam di lautan lalu ibunya menulis di pantai - LAUT INI PEMBUNUH

Tak lama datanglah seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai - LAUT INI PENUH BERKAT

Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu...

Saudara saudari yang dikasihi...

JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik

Meski terkadang kebaikan  tidak sentiasa dihargai.

Dan yang membencimu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pd dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, Tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza

Pesanan buat diri. Jangan resah dengan apa yg mereka nilai tentangmu tapi resah lah tentang APA YG اللہ NILAI TENTANGMU

Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan} di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.
Surah Yunus,10:64

Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Surah Yunus,10:65
DUA PEMUSNAH

#NotaTerjemahanBroSyarief

‎شيئان يدمران الإنسان: الإنشغال بالماضي و الإنشغال بالآخرين فمن طرق باب الماضي أضاع المستقبل ومن راقب الآخرين أضاع نصف راحته ⁧ 

Dua perkara yang menghancurkan insan: 
(1) Sibuk dengan apa yang telah berlalu dan 
(2) sibuk dengan orang lain. Siapa yang sibuk mengetuk pintu masa lalu, dia akan kehilangan peluang masa hadapan. Siapa yang sibuk memerhatikan orang lain, dia akan kehilangan separuh ketenangan (kehidupannya).

Sumber: www.bit.ly/2fN4b3o

Pesan BroSyarief: 

01 Apa yang dah berlaku dan telah berlalu, ianya telah ditetapkan sebagaimana tertulis di Luh Mahfuz. Menjadi keutamaan bagi mukmin untuk menerima dan meletakkan keyakinan sepenuhnya akan hikmah di sebalik apa yang telah berlaku. 

02 Jangan habiskan masa dan emosi menyesali, apa lagi berulang kali merungut dan menyebutkan tanpa henti apa yang telah berlaku, seolah tidak dapat menerima ianya ketetapan Tuhan, melainkan pada kadarnya untuk mendapatkan solusi atau menuntut keadilan, dengan tertib dan adab yang digariskan.

03 Kesibukan terhadap orang lain sebaiknya dielakkan kerana penilaian utama terhadap kehidupan kita ialah dariNya, bukan dari manusia. Merisaukan apa tanggapan orang dan berusaha memenuhi segala kehendak insan hanya akan merosakkan diri.

04 Adapun kesibukan yang bersifat dakwah, menyuruh yang makruf dan mencegah mungkar, tidak termasuk dalam definisi kesibukan yang dilarang, kerana ianya tuntutan demi memelihara keseimbangan sosial komuniti terutama sesama muslim.

05 Kesibukan terhadap penilaian orang lain kepada kita juga perlu diberi perhatian munasabah apabila diyakini ianya di atas garis kebenaran, demi mengingatkan kita agar sentiasa memperbaiki hubungan dengan Tuhan.
__
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

UTAMAKAN YANG UTAMA

#NotaBroSyarief

Di antara belitan Iblis yang merupakan antara ujian terberat ditimpakan Tuhan di atas kelalaian hamba-hambaNya, ialah kekeliruan pada meletak keutamaan.

Bermula dari urusan ibadah sehingga kepada urusan interaksi sesama makhluq, tidak sedikit yang tunggang terbalik dalam pemilihan kepentingan.

Namun pada urusan dunia, kita usahakan pelbagai kaedah untuk membantu meluruskan kembali pengurusan keutamaan, maka timbullah analisa SWOT, matriks kuadran Penting & Segera, dan sebagainya. 

Bagaimana pula dengan urusan agama?

Oleh kerana urusan agama ini ketetapan dari langit, maka pengurusan keutamaannya juga telah jelas digambarkan oleh wahyu melalui kalamNya dan lidah utusanNya.

Perhatikan gambarannya dari hadits berikut:

‎إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ النَّاسُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ أَعْمَالِهِمُ الصَّلاَةُ 

Sesungguhnya di antara amalan insan yang pertama dihisab di hari kiamat, adalah solat,

‎قَالَ يَقُولُ رَبُّنَا جَلَّ وَعَزَّ لِمَلاَئِكَتِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ انْظُرُوا فِى صَلاَةِ عَبْدِى أَتَمَّهَا أَمْ نَقَصَهَا 

(Pada ketika tersebut) Tuhan kita jalla wa 'azza akan berkata kepada para malaikat, dalam keadaan Dia Maha Mengetahui:

"Lihatlah pada solat hambaKu, adalah dia telah menyempurnakannya, atau ia kekurangan?"

‎فَإِنْ كَانَتْ تَامَّةً كُتِبَتْ لَهُ تَامَّةً وَإِنْ كَانَ انْتَقَصَ مِنْهَا شَيْئًا قَالَ انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِى مِنْ تَطَوُّعٍ 

Sekiranya ia lengkap, maka dituliskan ianya lengkap. 

Tetapi sekiranya terdapat sebarang kekurangan, maka Allah berkata:

"Lihatlah, adakah bagi hambaKu itu sebarang solat-solat sunat?"

‎فَإِنْ كَانَ لَهُ تَطَوُّعٌ قَالَ أَتِمُّوا لِعَبْدِى فَرِيضَتَهُ مِنْ تَطَوُّعِهِ ثُمَّ تُؤْخَذُ الأَعْمَالُ عَلَى ذَاكُمْ

Sekiranya dia mempunyai amalan-amalan sunat, maka Allah katakan:

"Sempurnakan bagi hambaKu itu pada bahagian (yang kekurangan pada) fardhunya, ditampung oleh amalan-amalan sunatnya."

Kemudian, dinilai keseluruhan amalan-amalannya sedemikian rupa.

[HR Abu Dawud, an-Nasaei, at-Tirmizi, dll. al-Arnauth: Sahih]

Bagaikan satu bekas besar yang kosong, kemudian diisi dengan bongkah-bongkah besar yang sekiranya bongkah-bongkah itu sempurna sifatnya, ia dah memadai bagi memenuhi bekas tersebut. 

Namun sekiranya bongkah itu ternyata mempunyai kekurangan, terdapat retak atau malah bentuknya tidak sempurna; maka dicari dari simpanan, biji-biji atau manik-manik halus bagi menutup ruang-ruang tersebut.

Bayangkan jika ada yang berusaha mengisi bekas kosong itu mendahulukan bijian atau manik halus, kemudian baru mengisi bongkah dalam keadaan dasarnya tidak lagi rata; atau lebih mengelirukan hanya bijian atau manik itu menjadi keutamaan untuk mengisi bekas tersebut. 

Lihat di sekeliling kita bagaimana segelintir insan merasakan apa yang bersifat tiang utama dan dilabel wajib, dilihat kurang menarik berbanding yang sifatnya penghias, menambah nilai dengan label sunat. 

Sunat Dhuha konsisten berbanding solat fardhu. Puasa sunat terasa ringan, tapi puasa ganti ditangguh-tangguh. Zikir ma'tsurat tertentu lebih dilazimi berbanding bacaan al-Quran. Paling ketara di bulan Ramadhan, Tarawih tak tinggal berjemaah, tetapi solat fardhu? 

Mana yang sunat? Mana yang harus? Mana yang wajib? Mana yang utama? Mana yang sekadar tambah nilai? 

Atau ada sesiapa yang meyakini ada amalan sunat yang ganjarannya lebih besar dari yang wajib?
__
صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
@BroSyariefShares << KLIK & SERTAI

EH, ITU JE DAH BOLEH MASUK SYURGA?

#NotaTerjemahanBroSyarief

Abu Hurayrah radhiyalLaahu 'anhu meriwayatkan bahawa seorang Badwi datang bertemu Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam, lalu bertanya:

‎يَا رَسُولِ اللهِ، دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ دَخَلْتُ الْجَنَّةَ،

'Wahai RasululLah sallalLaahu 'alaihi wa sallam, tunjukkan aku amalan yang sekiranya aku amalkannya, aku akan masuk syurga!?'

‎قَالَ: تَعْبُدُ اللهَ لَا تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا،

Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam pun menjawab:

"(1) Engkau mengabdikan diri kepada Allah, tanpa mensyirikkannya dengan sesuatupun,

‎وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ الْمَكْتُوبَةَ،

(2) Engkau mendirikan solat fardhu,

‎وَتُؤَدِّي الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ،

(3) Engkau tunaikan zakat yang wajib, dan

‎وَتَصُومُ رَمَضَانَ

(4) Engkau berpuasa di bulan Ramadhan."

‎قَالَ: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَا أَزِيدُ عَلَى هَذَا شَيْئًا أَبَدًا، وَلَا أَنْقُصُ مِنْهُ،

Badwi itu menjawab: 'Demi (Allah) Yang jiwaku berada di tanganNya, aku tak akan tambah dari (semua yang telah engkau sebutkan) ini sesuatupun selama-lamanya, dan aku tak akan kurangkan (apapun) darinya.'

‎فَلَمَّا وَلَّى قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

Apabila dia pergi, Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam pun berkata:

‎مَنْ سَرَّهُ أَنَّ يَنْظُرَ إِلَى رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ، فَلْيَنْظُرْ إِلَى هَذَا

"Siapa yang merasa ingin menggembirakan dirinya dengan melihat seseorang dari kalangan ahli syurga, maka perhatikanlah orang ini."

[HR Muslim]

Eh.. Itu je dah boleh masuk syurga?

Mana amalan sunatnya? Mana dakwahnya? Mana menuntut ilmunya? Mana doa-doanya? Mana sedekahnya? Mana zikir munajatnya? Mana kahwinnya? Mana keluarganya?

Tak ada?

Malah, sebaliknya, hadist di atas membenarkan apa yang telah Allah subhanahu wa ta'ala khabarkan sekian lama:

‎وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ

"Dan berikanlah berita gembira buat orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bahawa untuk mereka, (telah tersedia) syurga.."

[Al-Baqarah(2):25]

Pra-syarat kepada limpahan rahmatNya iaitu nikmat syurga itu hanyalah IMAN & AMAL SOLEH.

Lihat kembali apa jawapan Nabi kepada si Badwi: Abdikan diri kepada Allah, tanpa syirik. Solat fardhu. Zakat. Puasa.

Semua itu merupakan pakej lengkap asas, mewakili bongkah-bongkah asal IMAN & AMAL SOLEH memuatkan bekas besar bagi setiap kita (*rujuk nota sebelum ini bertajuk UTAMAKAN YANG UTAMA).

Kita beriman? Pastinya ya. Alhamdu lilLah. Syarat pertama lengkap.

Kita beramal soleh? Kita solat? Kita puasa? Kita menunaikan zakat? Pastinya juga ya. Alhamdu lilLah. Syarat ke-2 juga terpenuhi.

Ma Sya Allah. Kita semua telah lama memiliki kelayakan menjadi penduduk syurga.

Benar, hakikat mempertahan kualiti iman dan amal soleh itu menjadi cabaran besar setiap muslim; tetapi ia bukan alasan untuk mengelirukan diri dari keutamaan.

Buktinya kata-kata Badwi itu yang mendakwa dia tak akan menambah atau mengurangi apa pun dari apa yang telah diperintahkan Allah dan Rasulnya, sudah memadai untuk dinobatkan kelayakan masuk ke syurga.

Demikian agama ini sering menginspirasi dan meluaskan ruang harapan bagi penganutnya agar sentiasa teruja mengejar janjiNya yang telah Dia sediakan buat seluruh mereka yang menyemai subur keimanan di dalam jiwanya.

Janganlah putus asa, dan jangan dipersiakan pula peluang harapan yang luas dariNya.

Fokus yang utama, kemudian tambahlah nilainya bagi melengkapkan segala.
__
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares
#JoinChannelLink>> bit.ly/channelbss