Friday, November 16, 2012

Andainya Aku Pergi Dulu..

Qunut Nazilah

Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.

Ya Allah Ya Tuhan kami, 
kami mohon Engkau belenggukan tengkuk mereka.
Dan kami mohon perlindungan kepada Engkau 
dari kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah ya Tuhan kami, hancurkan kesatuan mereka, 
leburkan kumpulan mereka,
Ceraikan pakatan mereka, goncangkan kaki-kaki mereka,
Dan perintahkanlah kepada mereka 
di kalangan tentera-tenteraMu ya Allah.
Wahai Tuhan Yang Maha Mengalahkan, 
Tuhan Yang Maha Perkasa dan Maha Pembalas.

Ya Allah, Tuhan yang menurunkan Al-Qur’an dan yang menggerakkan awan,
Tuhan yang menewaskan tentera-tentera Ahzab,
Tewaskanlah mereka dan berilah pertolongan kepada kami untuk menewaskan mereka.


“Ya Allah! 
Ampunilah kami, 
orang-orang Mukmin lelaki  dan perempuan, 
orang-orang Islam lelaki dan perempuan. 
Satu-padukan hati mereka dengan kasih sayang. 
Perbaikilah segala urusan mereka dan bantulah mereka 
melawan musuh-musuh-Mu dan musuh-musuh mereka. 
Ya Allah! 
Laknatilah orang-orang kafir yang menghalang 
orang lain menuju ke jalan-Mu 
dan mereka yang mendustakan para Rasul-Mu 
dan mereka yang memerangi para kekasih-Mu. 
Ya Allah! 
Pecah-belahkan mereka, 
hancur leburkan kekuatan mereka 
dan turunkanlah bencana-Mu 
yang tidak dapat dielak oleh 
orang-orang yang berdosa.“

Renungkanlah ciptaan Allah...

Sedang ku bersiar di laman rumah selepas penat memerah akal fikir berkaitan urusan kehidupan sebentar tadi, sehelai daun mangga telah jatuh melayang-layang ke atas bahuku...

Terus terlintas dalam fikiranku bahawa walaupun cuma sehelai daun, pastinya Allah swt mengetahui perihal daun yang usang berwarna coklat itu. Hanya dengan kuasa Allah, ditakdirkan 'ia' gugur dari rantingnya menandakan telah tamat tempohnya hidup di bumi Allah ini. Allah itu MAHA DEKAT dan MAHA MENGETAHUI...

Ku ambil, ku belek dan ku renung sehelai daun yang masih jelas urat-urat jejala tapi ada satu lubang pada daun yang telah koyak mungkin dimakan ulat... daun yang dulunya segar menghijau hijau kini berwarna kusam dan tidak lagi mendamaikan mata memandang...

Daun itu mengingatkan diriku bahawa masa yang beredar akan menukar yang muda kepada tua..yang cantik kepada hodoh...yang gagah kepada lemah..dan yang paling pasti...yang hidup kepada mati...

Sesungguhnya daun itu memberi penuh makna padaku. Dengan statusnya 'dilahirkan' ke bumi sebagai daun, tugas menghasilkan oksigen seperti yang dipertanggungjawabkan telah dilaksanakan sebaik mungkin. Tidak mungkin sehelai daun itu menderhakai perintah Allah..., mogok tidak mahu menjalankan tugas fotosintesis...

Bayangkan apa yang terjadi jika ia memberontak tidak mahu menjalankan suruhan Allah untuk membina molekul-molekul udara yang segar..? Akan huru-hara dunia dan ramai manusia yang mati lantaran tiada kecukupan udara untuk bernafas...

Daun itu bukti nyata di hadapanku bahawa seluruh tumbuh-tumbuhan dan alam sejagat ini sentiasa tunduk dan akur pada sunnatullah dan perintah Allah... dan 'mati'nya daun, ranting, dahan, serta kawan-kawan sejenisnya yang lain tidak akan dibangkitkan lagi untuk melalui Hari Pembalasan... Mereka gugur, jatuh ke tanah, reput lalu menyebatikan diri semula dengan tanah dan mikrob yang lain...

Namun, kitaran itu tidak sama sekali berlaku pada kita yang bergelar manusia. Kita hidup, mati dan pasti dibangkitkan semula untuk Allah menyoal apakah yang telah kita lakukan dengan jawatan kita sebagai:

1) hamba-Nya

2) khalifah di mukabumi-Nya

Renung ke dalam diri...Apakah yang telah ku lakukan dengan 2 jawatan penting itu...?

Sehelai daun itu telah kembali pada ALLAH...Kita akan turut kembali pada-Nya...sebagai manusia.

Bersediakah kita....?

Wallahu a'lam...

- Syed Roslan Jaafar -

Thursday, November 15, 2012

Doa Untuk Kesedihan Yang Mendalam



Ertinya :
"Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Agung dan Maha Lembut, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan 'Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan 'Arasy yang mulia"
(H.R: Bukhari: 7/154 dan Muslim: 4/2092.)



Ertinya :
"Ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan (segala urusanku) kepada diriku walau sekelip mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau"
(H.R: Abu Dawud: 4/324, Ahmad: 5/42, Shahih Abu Dawud: 3/959)





Ertinya :
"Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(H.R: Tirmidzi: 5/529 dan riwayat Hakim yang disetujui dan dishahihkan oleh Dzahabi: 1/505. Lihat Shahih Tirmidzi: 3/168.)





Ertinya :
"Allah, Allah adalah Tuhan-ku, aku sedikitpun tidak menyekutukan-Nya"
(HR. Abu Dawud: 2/87, Shahih Ibnu Majah: 2/335.)



Ayat-Ayat Allah berhubung Sifat Sombong Takbur


A212
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). 
(Al-Baqarah 2:212)

A036


Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; (An-Nisaa' 4:36) |


A018
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman 31:18)

A015
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"  (Al-Fajr 89:15) 


A049
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). (Az-Zumar 39:49)


A023
Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur(Al-Nahl 16:23)



A146
Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya. (Al-A'raaf 7:146)


A076
"Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam kekallah kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam". (Ghaafir 40:76) 


Tuesday, November 13, 2012

Tajwid : Tanwin berjumpa hamzah wasol


Dalam al-Quran terdapat dua jenis Hamzah yang utama iaitu :-

i. Alif Hamzah qatho'

ii. Alif Hamzah Wasol

Nun (NUN WIQAAYAH) yang ditambah pada bacaan apabila mana-mana kalimah yang berakhir dengan Tanwin (baris dua) bertemu dengan Hamzah Wasol. Nun ini juga disebut dengan Nun Wasol atau Nun 'Iwadh, atau Nun Pengganti. Nun Wiqayah dibaca dengan baris bawah (kasrah). Dalam al-Qur'an al-Majid (yang telah dihapus oleh JAKIM) nun ini ditulis dengan nyata, Manakala dalam al-Qur’an al-Karim (Rasam ‎Utsmani) nun ini tidak ditulis dengan nyata tetapi dari segi bacaannya ianya ‎hendaklah dibunyikan.‎‎




Contoh 1 :  Surah Al-A'Raaf ayat 177 seperti dibawah. Fokuskan kawasan yang biru itu. bacaan yang betul : " ma stha la NIL qaum"


Senarai ayat-ayat yang berkenaan :



Sayyidul Istighfar



Maksudnya :

"Ya Allah! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan yang ku perbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau "



Monday, November 12, 2012

Doa memperelokkan amalan

WASIAT RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM.

"Ya Muaz, Demi ALLAH aku sangat mengasihimu dan aku hendak wasiatkan kamu satu perkara. Iaitu: Janganlah sekali-kali kamu tinggalkan tiap-tiap lepas solat kamu satu doa iaitu:

ALLAHUMMA A'INNI 'ALA ZIKRIKA WA SHUKRIKA WA HUSNI 'IBADATIK

"Ya ALLAH Ya Tuhanku, bantulah aku dalam Mengingati-MU dan bersyukur kepada MU dan dalam memperelokkan ibadahku kepada MU".

Wahai Tuhan yang Maha Hidup, Wahai Tuhan yang Maha Berdiri Sendiri
Dengat RahmatMU aku memohon pertolongan,
Perbaikilah untukku urusanku semuanya
Dan janganlah ENGKAU serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata

Doa ketika kita ditimpa musibah

 


Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: “Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w.”

(Muslim)

Huraian:
Seseorang itu hendaklah redha dan menerima hakikat bahawa setiap yang hidup itu akan mati. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. menganjurkan kita agar mengamalkan doa apabila ditimpa ujian berbentuk kematian dan sebagainya di mana doa itu hendaklah dibaca dengan penuh yakin supaya hati kembali menjadi tenang dan lapang. Kemungkinan dengan kesabaran itu, Allah SWT akan memberikan sesuatu ganjaran atau balasan yang lebih baik kerana segalanya adalah bergantung pada ketentuan dan kehendak Allah SWT.