Solat

Solat merupakan tiang agama dari semua amal perbuatan lainnya, dan juga merupakan salah satu amalan yang pertama sekali dihisab. Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w :

أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ عَلَيْهِ العَبْدَ يَوْمَ القِيَامَةِ الصَّلاَةَ ، فَإِنْ صَلُحَتْ صَلُحَ سَائِرِ عَمَلِهْ ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ . (رواه الطبراني


“Amalan yang mula-mula dihisab ( diperhitungkan ) dari seorang hamba pada hari kiamat ialah solat . Jika solatnya baik , maka baiklah seluruh amalannya sebaliknya jika buruk solatnya ,maka buruklah pula seluruh amalannya”

Doa Iftitah : 

اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.

“Allah maha besar lagi sempurna kebesaranNya. Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang, sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan semesta alam. Tiada sekutu baginya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukanNya dan aku ini adalah dari golongan orang Islam.”


Al-Fatihah :

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ( 1 )
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ( 2 ) الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ( 3 )
مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ( 4 )
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ( 5 )
اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ ( 6 )
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ( 7 )


Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. 
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. 
Yang menguasai hari pembalasan. 
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. 
Tunjukilah kami jalan yang lurus. 
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka 
yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. 





Bacaan ketika rukuk : 
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya. 




Ketika bangun dari rukuk :
Allah mendengar pujian orang yang memujinya. 

Bacaan ketika I'tidal :
رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ


Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. 



Bacaan ketika sujud:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.




Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:

Ya Allah, ampunilah daku, rahmatilah daku, cukupi kekuranganku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku



Bacaan ketika Tahiyat Awal :

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. 


Bacaan ketika Tahiyat Akhir :

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut :

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.