“Wahai golongan Muhajirin, ada lima perkara (yang aku khawatir) bila menimpa kalian, dan aku berlindung kepada Allah semoga kalian tidak mengalaminya, iaitu
- Apabila satu kaum melakukan penzinaan secara terang-terangan maka mereka akan diserang penyakit yang belum pernah dialami oleh nenek moyang mereka.
- Apabila mereka mengurangi timbangan dan ukuran, mereka akan dihukum dengan kepapaan dan kemiskinan serta kezaliman pihak penguasa.
- Setiap mereka yang enggan membayar zakat, mereka akan terhalang daripada beroleh hujan dari langit dan jika tidak kerana adanya haiwan dan binatang ternak tidaklah akan diturunkan hujan.
- Setiap mereka yang melanggar janji Allah dan Rasulnya maka mereka akan dijajah oleh musuh daripada bangsa lain yang akan merampas sebahagian daripada harta mereka.
- Dan selama para pemimpin tidak menjalankan hukum-hukum yang terdapat dalam kitab Allah, maka saling sengketa akan berlaku sesama mereka. (HR Ibnu Majah 4019)