Thursday, January 19, 2017

DUA PEMUSNAH

#NotaTerjemahanBroSyarief

‎شيئان يدمران الإنسان: الإنشغال بالماضي و الإنشغال بالآخرين فمن طرق باب الماضي أضاع المستقبل ومن راقب الآخرين أضاع نصف راحته ⁧ 

Dua perkara yang menghancurkan insan: 
(1) Sibuk dengan apa yang telah berlalu dan 
(2) sibuk dengan orang lain. Siapa yang sibuk mengetuk pintu masa lalu, dia akan kehilangan peluang masa hadapan. Siapa yang sibuk memerhatikan orang lain, dia akan kehilangan separuh ketenangan (kehidupannya).

Sumber: www.bit.ly/2fN4b3o

Pesan BroSyarief: 

01 Apa yang dah berlaku dan telah berlalu, ianya telah ditetapkan sebagaimana tertulis di Luh Mahfuz. Menjadi keutamaan bagi mukmin untuk menerima dan meletakkan keyakinan sepenuhnya akan hikmah di sebalik apa yang telah berlaku. 

02 Jangan habiskan masa dan emosi menyesali, apa lagi berulang kali merungut dan menyebutkan tanpa henti apa yang telah berlaku, seolah tidak dapat menerima ianya ketetapan Tuhan, melainkan pada kadarnya untuk mendapatkan solusi atau menuntut keadilan, dengan tertib dan adab yang digariskan.

03 Kesibukan terhadap orang lain sebaiknya dielakkan kerana penilaian utama terhadap kehidupan kita ialah dariNya, bukan dari manusia. Merisaukan apa tanggapan orang dan berusaha memenuhi segala kehendak insan hanya akan merosakkan diri.

04 Adapun kesibukan yang bersifat dakwah, menyuruh yang makruf dan mencegah mungkar, tidak termasuk dalam definisi kesibukan yang dilarang, kerana ianya tuntutan demi memelihara keseimbangan sosial komuniti terutama sesama muslim.

05 Kesibukan terhadap penilaian orang lain kepada kita juga perlu diberi perhatian munasabah apabila diyakini ianya di atas garis kebenaran, demi mengingatkan kita agar sentiasa memperbaiki hubungan dengan Tuhan.
__
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

No comments:

Post a Comment