Friday, April 11, 2014

DOSA PENYEBAB KESENGSARAAN HIDUP

Dari Abdullah bin Umar dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menghadapkan wajah ke kami dan bersabda: 

“Wahai golongan Muhajirin,  ada lima perkara (yang aku khawatir) bila menimpa kalian, dan aku berlindung kepada Allah semoga kalian tidak mengalaminya, iaitu 
  • Apabila satu kaum melakukan penzinaan secara terang-terangan maka mereka akan diserang penyakit yang belum pernah dialami oleh nenek moyang mereka.
  • Apabila mereka mengurangi timbangan dan ukuran, mereka akan dihukum dengan kepapaan dan kemiskinan serta kezaliman pihak penguasa.
  • Setiap mereka yang enggan membayar zakat, mereka akan terhalang daripada beroleh hujan dari langit dan jika tidak kerana adanya haiwan dan binatang ternak tidaklah akan diturunkan hujan.
  • Setiap mereka yang melanggar janji Allah dan Rasulnya maka mereka akan dijajah oleh musuh daripada bangsa lain yang akan merampas sebahagian daripada harta mereka.
  • Dan selama para pemimpin tidak menjalankan hukum-hukum yang terdapat dalam kitab Allah, maka saling sengketa akan berlaku sesama mereka. (HR Ibnu Majah 4019)

Monday, April 7, 2014

RENUNGAN

Manusia hidup, bukan sekadar hidup-hidupan
Tidak seperti serangga, tumbuh-tumbuhan
dan lain-lain yang hanya hidup-hidupan.
Oleh itu amat penting sekali kita pastikan 
benar-benar apa visi dan misi hidup kita ini.

- Buku Mukmin Professional -

Ada 'haiwan' dalam kelompok manusia, tetapi tidak ada manusia dalam kelompok haiwan

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Adz-Dzaariyaat 51:56)

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.   (Al-A'raaf 7:179)