Showing posts with label Fadhilat Zikir. Show all posts
Showing posts with label Fadhilat Zikir. Show all posts

Thursday, November 4, 2010

SETIAP KEBAIKAN ADALAH SEDEKAH

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu bahawa orang-orang fakir kaum Muhajirin mendatangi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata: “Orang-orang yang kaya telah pergi dengan membawa derajat yang tinggi dan nikmat yang kekal.” Beliau bertanya: “Apa itu?” Mereka menjawab: “Mereka shalat seperti kami shalat, mereka berpuasa seperti kami berpuasa, mereka bisa bersedekah sedang kami tidak bisa, dan mereka memerdekakan hamba sahaya sedang kami tidak bisa.”

Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud : 
Mahukah kalian ku ajari sesuatu yang dapat menyusul orang yang telah mendahului kalian itu, kalian juga bisa mendahului orang-orang setelah kalian, dan tidak ada seorang pun yang lebih baik daripada kalian kecuali orang yang melakukan seperti yang kalian lakukan?” Mereka menjawab, “Mahu, wahai Rasulullah!” Beliau bersabda : “Hendaklah kalian mengucapkan tasbîh (subhânallâh), takbîr (Allâhu akbar), dan tahmîd (alhamdulillâh) di akhir setiap shalat (fardhu) sebanyak 33 kali.”Abu Shâlih (perawi hadits ini) berkata : “Maka orang-orang fakir kaum Muhijirin itu pun kembali menemui Rasulullah lalu berkata : “Saudara kami yang kaya telah mendengar apa yang kami kerjakan, lalu mereka pun mengerjakan hal yang sama.” Maka Rasulullah bersabda : “Itulah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki.” [al-Mâidah/5:54] [4] 


Hadits semakna juga diriwayatkan dari sejumlah Sahabat di antaranya ‘Ali, Abu Dzar, Abu Darda', Ibnu ‘Umar, Ibnu ‘Abbâs, dan selain mereka. 

Ini bererti bahwa orang-orang fakir kaum Muhajirin mengira bahawa tidak ada sedekah kecuali dengan harta dan mereka tidak mampu melakukan hal itu, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi khabar kepada mereka bahawa semua amal kebajikan dan berbuat baik dengan segala jenisnya adalah sedekah 

Adapun berlumba-lumba dalam meraih kenikmatan duniawi maka ini sangat tercela. Jika seorang hamba melampaui batas, maka itu adalah sebab kebinasaan dan kelemahannya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud :
“…Demi Allah! Bukan kefakiran yang aku khawatirkan atas kalian. Akan tetapi, aku khawatir jika dunia di bentangkan (diluaskan) atas kalian seperti telah diluaskan atas orang-orang sebelum kalian, lalu kalian berlomba-lomba mendapatkannya, sebagaimana mereka berlomba-lomba mendapatkannya. Kemudian dunia itu membinasakan kalian sebagaimana ia membinasakan mereka.”[7]

_______
Footnote

[4]. Shahîh: HR. al-Bukhâri (no. 843, 6329) dan Muslim (no. 595).
[7]. Shahîh: HR. al-Bukhâri (no. 4015, 6425) dan Muslim (no. 2961) dari ‘Urwah bin az-Zubair Radhiyallahu anhu. Lafazh ini milik Muslim.

http://almanhaj.or.id/content/3409/slash/0/setiap-kebaikan-adalah-sedekah/

DUA KALIMAH YANG RINGAN DI LIDAH, BERAT DI NERACA TIMBANGAN

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Dua kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan dan disukai oleh Tuhan Yang Maha Pengasih ialah: SubhanAllahi wa bihamdih, SubhanAllahil-Azim“
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Maknanya:
1.SubhanAllahi wa bihamdih = Maha Suci ALLAH dan Segala Pujian BagiNYA
2.SubhanAllahil-`Azim = Maha Suci ALLAH Yang Maha Agung

Ambillah peluang setiap masa yang terluang untuk kita mengingati ALLAH. Di dalam hadith di atas, Nabi S.A.W. telah menyatakan akan kelebihan kalimah zikir ‘SubhanAllahi wa bihamdih, SubhanAllahil-`Azim’ yang tidak sepatutnya kita abaikan.

Kalimah ini sangat mudah untuk disebut, tetapi subhanALLAH ganjaran pahalanya besar, malah disukai oleh ALLAH Ar-Rahman.

Justeru, janganlah kita membiarkan masa yang berlalu tanpa kita mengamalkannya. Samada sedang berjalan, sedang menunggu, sedang berehat, sedang memandu atau mana-mana ketika pun, janganlah kita biarkan masa berlalu pergi tanpa diisi dengan dzikrullah. Apatah lagi seperti kalimah zikir di atas. Mudah, tapi besar ganjarannya.

Kelebihan zikir (mengingati Allah)

Abu Musa r.a memberitakan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w bersabda :

" Jika sekiranya orang yang mempunyai wang yang banyak lalu membahagi-bahagikan (kerana Allah) dan seorang lagi yang sedang sibuk berzikir maka yang berzikir itu lebih utama (daripada orang yang membelanjakan wangnya kepada jalan Allah) "

Sunguhpun membelanjakan harta pada jalan ALLAH adalah satu amalan yang terafdal sekali namun zikrullah itu lebih utama lagi jika dibandingkan dengannya. Alangkah berbahagianya para hartawan yang membelanjakan harta kekayaanya pada jalan ALLAH dan disamping itu mendapat taufik pula untuk mengingati ALLAH s.w.t. Di dalam sebuah hadis telah diberitakan bahawa ALLAH s.w.t juga mensedekahkan (nikmat-nikmatNya) kepada hamba-hambaNya pada setiap hari dan mengurniakan sesuatu pada mereka menurut keadaan mereka itu. Namun begitu tidak ada kekurniaan yang lebih besar daripada taufik utk berzikir.

Wednesday, November 3, 2010

Kelebihan Zikir (mengingati Allah)


Abu Hurairah r.a memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, Allah s.w.t berfirman : Sesungguhnya, aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaku, adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku, jika dia mengingati Aku dalam hatinya, maka Aku mengingati dia dalam hatiKu,dan jika mengingati Aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik (iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa). APABILA HAMBAKU MENDEKATIKU SEJENGKAL, MAKA AKU DEKATI DIA SEHASTA. APABILA DIA MENDEKATI AKU SEHASTA, MAKA AKU MENDEKATI DIA SEDEPA. DAN APABILA DIA DATANG MENDEKATI AKU DENGAN BERJALAN, MAKA AKU DEKATI DIA DENGAN BERLARI  (Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi).


Hadith ini mengandungi berbagai-bagai keterangan. Allah berfirman:"Aku bertindak terhadap hambaKu sebagaimana yang disangkakan olehnya." maksudnya hendaklah senantiasa mengharapkan kurnia dan rahmat dari Allah s.w.t. Janganlah sekali-kali berputus harap dari rahmatNya. Walaupun kita berdosa dan telah melampaui batas yang kita percaya bahawa segala dosa dan kesalahan kita itu pasti akan dibalas namun janganlah sekali-kali berputus harap dari rahmat Allah s.w.t Kemungkinan besar Allah s.w.t mengampuni dosa kita semata-mata dengan rahmat kurniaNya.

Zikrullah

Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabatnya r.a "Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu ke peringkat yang tertinggi sekali, yang lebih baik dari menafkahkan emas dan perak ( di jalan Allah) yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu? Para sahabat berkata bahkan : " Apakah itu Ya Rasulullah (s.a.w)?
Sabdanya : "Zikrullah"

Fadilat dan keutamaan zikrullah yang diterangkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w adalah berkaitan dengan keadaan dan masa sebagai keseluruhannya, kerana terkadang-kadang dengan memandangkan keadaan yang tertentu maka sedekah, jihad dan urusan-urusan yang lain dipandang lebih utama daripada segala amalan. Lantaran fadilat dan kelebihan amalan-amalan itu pun diterangkan di dalam beberapa hadis kerana kelebihan amalan-amalan itu adalah berkaitan dengan keadaan yang tertentu sedangkan kelebihan dan kepentingan zikrullah adalah berkaitan dengan seluruh masa (iaitu pada setiap masa).