Showing posts with label Hadis Qudsi. Show all posts
Showing posts with label Hadis Qudsi. Show all posts

Thursday, May 23, 2013

Hadis Qudsi- Ikhlaskan Amalanmu


Berfirman Allah Taala yang bermaksud;

Wahai Anak Adam

Wahai hamba kepada dinar dan dirham
Aku menjadikan kedua duanya bagimu supaya kamu
memperolehi makanan dan pakaian daripada rezekiKu agar
engkau bertasbih kepada Ku dan mensucikan Aku

Tetapi kemudiannya kamu mengambil kitabKu

dan kamu letakkannya di belakang kamu

Kamu mengambil dinar dan dirham dan

kamu junjung di atas kepalamu

Engkau memuliakan rumah rumahmu dan

kamu merendah rumah rumahKu

Bukanlah kamu itu orang baik baik dan orang merdeka

melainkan kamu itu hamba dunia

Sebenarnya penghimpunan seperti itu

(yang menghimpunkan harta di dalam dunia)
umpama kubur yang diwarnakan dengan warna putih
Zahirnya kelihatan indah tetapi didalamnya sangat mengerikan

Kamu juga berbuat baik terhadap manusia

serta mengasihi mereka dengan kata katamu yang manis
dan perbuatan kamu yang cantik, tetapi kamu menjauhi dengan hati,
hati kamu yang keras dan keadaan kamu yang keji

Wahai Anak Adam

ikhlaskanlah amalanmu
dan pintalah kepadaKu akan kuperkenankan
permintaanmu itu lebih banyak daripada
yang dipinta oleh orang yang meminta

(petikan Hadis Qudsi Kitab imam al Ghazali; al Mawa'iz Fil Ahadis al Qudsiah) 



Monday, May 20, 2013

HADIS QUDSI(KITAB I.GHAZALI, AL-MAWA’IZ FIL AHADIS AL-QUDSIAH)


Wahai anak Adam, janganlah kamu tergolong dalam golongan mereka yang suka melengah-lengahkan taubat dan memanjangkan angan-angan.

Janganlah kamu mengharapkan kebahagiaan akhirat tanpa beramal.

Memperkatakan perkataan ahli-ahli ibadah tetapi beramal dengan amalan munafik. Sekiranya diberikan tidak pernah merasa cukup. Sekiranya tidak memperoleh sesuatu tidak mahu bersabar.

Menyeru kepada kebaikan tetapi tidak melakukan kebaikan. Mencegah kemungkaran tetapi masih bergelumang dengannya.

Mengasihi orang soleh tetapi tidak mahu bersama golongan mereka. Membenci orang munafik tetapi kamu terdiri daripada golongan mereka. Bercakap perkara yang tidak dibuat. Buat apa yang tidak disuruh. Meminta ditunaikan janji-janji Allah tetapi ia tidak menunaikan hak-hakNya.

Wahai anak adam, setiap hari yang baru, bumi akan menegurmu dengan kata-kata: ‘wahai anak adam, engkau berjalan di permukaanku, dan setelah itu engkau akan disimpan ke dalam perutku. Engkau memakan sebanyak yang engkau inginkan ketika berada di permukaanku kemudian engkau akan dimakan ulat di dalam perutku.’

Wahai anak adam, setiap hari bumi berkata kepadamu: ‘wahai anak Adam, aku ialah rumah yang sengsara. Aku adalah rumah yang bakal meninggalkanmu keseorangan. Aku ialah rumah yang gelap. Aku ialah rumah bagi ular dan kala jengking. Oleh itu, makmurkanlah dengan amal soleh, dan janganlah engkau runtuhkan daku.’

HADIS QUDSI(KITAB I.GHAZALI, AL-MAWA’IZ FIL AHADIS AL-QUDSIAH)


Orang yang panjang angan-angan duniawinya akan melengahkan perkara yang sangat penting dalam ibadah iaitu taubat, natijahnya : -
  • Amal soleh tidak mampu dibuat walaupun ada keinginan terhadap keselamat di akhirat
  • Pelaksanaan akan bercanggah dengan apa yang disebut
  • Tidak akan merasa puas terhadap apa yang telah didapati
  • Tidak bersabar atas kekurangan diri
  • Menjadi pembohong apabila menyeru kebaikan tetapi tidak melaksanakannya begitu juga soal kemungkaran masih menjadi ketagih kepadanya
  • Hanya melihat dan menghormati orang soleh tetapi hati begitu keras untuk mengikuti kebaikan mereka
  • Selalu menunjukkan rasa benci terhadap golongan munafik tetapi apabila diteliti pada amalan banyak persamaan dengan golongan itu
  • Cakap tidak dibuat, buat apa yang tidak diperintah
  • Sering merungut tentang harapan dan permohohan yang dipohon kepada Allah agar dikabulkan tetapi tidak pernah berfikir tentang titah perintah Allah yang tidak dilaksanakan




Monday, November 1, 2010

Mulai Pagi Anda Dengan Senyum & Syukur


“Barang siapa yang berpagi-pagi dalam keadaan berdukacita terhadap dunia, tidak akan bertambah hampir ia kepada Allah melainkan bertambah jauh. Tidak akan bertambah didunia melainkan keletihan. Tidak akan bertambah di akhirat melainkan kepayahan. Allah akan mencampakkan rasa dukacita yang berterusan kesibukan yang tiada kerehatan, kefakiran yang tidak memperoleh kekayaan dan angan-angan yang memanjang ke dalam hatinya.

Wahai anak adam, setiap hari umurmu berkurangan sedangkan engkau tidak menyedarinya. Setiap hari Aku memberi rezki kepadamu tetapi engkau lupa untuk memuji Ku. Tidak memadai bagimu terhadap apa-apa yang sedikit. Tidak pula engkau merasa puas terhadap apa yang banyak.

Wahai anak Adam, tidak ketinggalan suatu hari pun melainkan datang daripada Ku rezki untukmu, tetapi pada malam harinya Aku didatangi oleh malaikat mempersembahkan amalan kejahatan daripadamu. Kamu memakan rezki Ku kemudian kamu membalasinya dengan melakukan kederhakaan terhadap Ku.

Kamu memohon daripada Ku lalu Aku perkenankan permohonanmu itu. Kebaikan daripada Ku sentiasa mengalir kepada mu dan kejahatan daripadamu sampai kepada Ku. Sesungguhnya Aku adalah sebaik-baik Tuan kepada mu dan engkau adalah sejahat-jahat hamba kepada Ku.

Engkau menanggalkan daripada Ku apa-apa yang Aku berikan kepadamu. Aku tutupkan kejahatan demi kejahatanmu. Aku malu terhadapmu tetapi engkau tidak merasa malu dengan Ku. Engkau melupai Ku dan mengingati selain daripada Ku. Engkau merasa takut kepada manusia tetapi merasa aman terhadap Ku. Engkau merasa gentar dengan marah manusia tetapi engkau merasa aman terhadap kemurkaan Ku”.

* Mulai pagi anda dengan senyuman dan kalimah Alhamdulillah..

(Petikan Hadis Qudsi Kitab Imam Al-Ghazali: Al-Mawa’iz Fil Ahadis Al-Qudsiah)