Saturday, November 10, 2012

La Tahzan Innallaha Ma'ana



Setiap Insan..Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.Kerana dia juga manusia.

Makanya,

Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa, 
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.
Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan
lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,Paling berat diduga.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.

Walau serumit mana situasimu.Pujuklah hatimu.

Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.Bila kamu menyandar harapan padaNYA, 
DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaanmu.

Ketika kita sedih..ketika itulah kita mengerti nikmat kebahagiaan..

Ketika kita sakit..ketika itulah kita merasai nikmatnya kesihatan..
Ketika kita sunyi tanpa teman..
ketika itulah kita tahu betapa berharganya sebuah persahabatan..
Dan..Ketika kita menutup mata untuk selama-lamanya..
ketika itulah kita baru menyedari hakikat sebenar kehidupan 
ketika itulah kita baru menyedari apa yang benar-benar bernilai
Pada ketika itu jugalah kita menyedari bahawa mati sebenarnya bukanlah satu pengakhiran, 
tetapi ia adalah satu permulaan kepada satu kehidupan di akhirat yang kekal abadi

Ketika wajah lelah memikirkan dunia, maka BERWUDHUKLAH,
Ketika tangan letih menggapai cita-cita, maka BERTAKBIRLAH,
Ketika diri tidak kuasa memikul amanah, maka BERSUJUDLAH.
Ikhlaskan semua dan mendekatlah kepada ALLAH,

agar TUNDUK di saat yg lain angkuh,

agar TEGUH di saat yg lain runtuh,
agar TEGAR saat yg lain rapuh
dan SABAR di saat yg lain mengeluh.

Bila LELAH menyapa dirimu,
pejamkan mata dan bayangkan...
"Asma binti Abu Bakar" yang sedang memanjat tebing saat berjihad..
Bila UJIAN hidup membuatmu menangis,pelajarilah ketabahan "Asiah"
Bila CELAAN menyapa dirimu,hadirkanlah kesabaran " Maryam"
Bila PUTUS ASA membuatmu menyerah,
bayangkan kesungguhan ''Hajar" yang berlari dari bukit Shafa & marwah..
InsyaAllah,moga dirimu terus KUAT dalam menempuh TARBIAH dariNya

Cerita suka dan duka, kisah ria juga hiba. 

segalanya megusik menyentuh jiwa, 
melahirkan seribu satu rasa. 
adakalanya membuat ketawa senyum sampai telinga. 
Namun ada jua kesakitan sehingga kita tersungkur kerana kesakitan yang kita rasa

Hidup ini berliku-liku jalannya. 

adakala impian jadi kenyataan, 
namun seringkali hajat yang tak kesampaian . 
Namun usahlah buruk sangka. 
Perancangan Yang maha Esa pasti sebaik-baiknya. 
Penuh hikmah buat hamba-hambaNya.


Dalam hati bercampur baur. 
Ada banyak rasa...
terasa mahu saja air mata lemah seorang hamba mengalir. 
ujian hidup selalunya membuatkan diri menjadi lemah...
terasa ingin mengalah... 
itulah lumrah kehidupan manusia biasa
Namun teruskanlah bermujahadah... jangan pernah menyerah...

Yakinlah..
Setelah kemarau panjang, hujan pasti datang... 
Setelah merasakan panasnya siang, pasti berganti dgn dinginnya malam..
Setelah sakit, pasti hadir kesembuhan..Setelah sedih, pasti muncul kebahagiaan..
Dan tentunya setelah kesulitan melanda, akan datang pula kemudahan..

Setiap musibah adalah ujian,

Allah menguji keimanan,Kesabaran didalam setiap dugaan,
Semoga tabah menghadapinya,
Setiap masalah adalah ujian,
Allah menguji kebijaksanaan,Sejauhmana kepintaran,
Setiap hamba-hambaNYA melalui dugaan... 
Allah Maha Mengetahui,Yang baik dan yang buruk,
Sekadar untuk menguji,
Adakah hamba-hambaNYA melalui dengan penuh kesabaran dan ketabahan,
Melalui keimanan,Atau penuh kemarahan ,Atau melalui pintu-pintu syaitan... 


Jangan meminta agar diringankan UJIAN... 
tetapi berdoa agar dikuatkn iman untuk berdepan dgn ujian... 
sesungguhnya Allah sentiasa memberi Ujian pada hamba yg DIA sayang..
jangan bersedih terlalu lama andai hati kecewa... 
bisiklah pada yg Esa..
semoga dikurniaken ketabahan untuk menghadapi segalanya..

Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu untuk kita,
walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, 
kita tetap akan mendapatkannya dengan apa cara sekalipun, 
tetapi jika ALLAH sudah ditakdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita, 
walau seluruh isi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya, 
kita tetap takkan mendapatkannya

Bibir tersenyum... hati menangis
Menangis dan sedih bukanlah bererti kita hilang harapan. 
Jauh sekali, untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat tuhan. 
Sesekali menangis... . hati kita akan bangkit sedar 
bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil.. 
Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha.. 
Sesekali menangis, percayalah, bukan Allah tidak tahu betapa hancur 
dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan keperitan, 
tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, 
lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak untuk di ujinya.

Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, 

kita diberi cubaan dengan kehilangan, 
Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, 
kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang, 
sesungguh Dia lah pemberi segala, 
kerana segalanya kepunyaanNya. 
saat ditariknya nikmat yang ada, 
Dia sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. 
JANGANLAH BERSEDIH, KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA


No comments:

Post a Comment